Tampilkan postingan dengan label Ruang Keinsafan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ruang Keinsafan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 17 Desember 2011

Habil Dan Qabil -- Jenayah Pertama Dunia


Bismillahi ar-Rahmaan ar-Raheem





Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog “Aku Cintakan Islam” ini. Alhamdulillah, pertama sekali perlulah kita mengucapkan syukur yang teramat sangat kepada Allah kerana – Dengan IzinNya – kita dapat bersama-sama menuntut ilmu seperti yang diperintahkan Allah, bahawa menuntut ilmu itu suatu kewajipan, lebih-lebih lagi ilmu fardhu Ain, yakni Ilmu al-Quranul Kareem, ilmu akhirat dan lain-lain.

Apa yang ingin saya ceritakan adalah kisah Habil dan Qabil, atau nama mereka dalam bahasa Inggeris adalah Abel dan Cain. Siapa dia Habil Qabil ini? Apakah jenayah yang dilakukan? Bagaimana kisahnya seperti dinyatakan dalam al-Quran. Kisahnya telah pun dikisahkan oleh Imam Ibnu Katsir, iaitu al-Hafidh Quran yang terkenal dan penulis kitab Tafsir Ibnu Katsir(serba sedikit tentang Imam ini).

Habil dan Qabil

………………………………………………………………………………………………

 وَاتْلُ عَلَیۡہِمْ نَبَاَ ابْنَیۡ اٰدَمَ بِالْحَقِّ ۘ اِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنۡ اَحَدِہِمَا وَلَمْ یُتَقَبَّلْ مِنَ الۡاٰخَرِ ؕ قَالَ لَاَقْتُلَنَّکَ ؕ قَالَ اِنَّمَا یَتَقَبَّلُ اللہُ مِنَ الْمُتَّقِیۡنَ ﴿۲۷﴾

27. Ceritakanlah kepada mereka kisah dua orang putera Adam(Habil dan Qabil) yang telah berlaku dengan sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua(Habil) dan tidak diterima daripada yang lain(Qabil). Dia(Qabil) berkata : “Aku pasti membunuhmu!” Habil berkata : “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa”


 لَئِنۡۢ بَسَطۡتَّ اِلَیَّ یَدَکَ لِتَقْتُلَنِیۡ مَاۤ اَنَا بِبَاسِطٍ یَّدِیَ اِلَیۡکَ لِاَقْتُلَکَ ۚ اِنِّیۡۤ اَخَافُ اللہَ رَبَّ الْعٰلَمِیۡنَ ﴿۲۸﴾

28. “Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam.”


 اِنِّیۡۤ اُرِیۡدُ اَنۡ تَبُوۡٓاَ بِاِثْمِیۡ وَ اِثْمِکَ فَتَکُوۡنَ مِنْ اَصْحٰبِ النَّارِ ۚ وَذٰلِکَ جَزٰٓؤُا الظّٰلِمِیۡنَ ﴿ۚ۲۹﴾

29. “Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan(membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan jadi penghuni neraka; dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang yang zalim.”


فَطَوَّعَتْ لَہٗ نَفْسُہٗ قَتْلَ اَخِیۡہِ فَقَتَلَہٗ فَاَصْبَحَ مِنَ الْخٰسِرِیۡنَ ﴿۳۰﴾
30. Maka hawa nafsu Qabil telah menjadikannya tergamak untuk membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah dia termasuk orang yang rugi.


فَبَعَثَ اللہُ غُرَابًا یَّبْحَثُ فِی الۡاَرْضِ لِیُرِیَہٗ کَیۡفَ یُوٰرِیۡ سَوْءَۃَ اَخِیۡہِ ؕ قَالَ یٰوَیۡلَتٰۤی اَعَجَزْتُ اَنْ اَکُوۡنَ مِثْلَ ہٰذَا الْغُرَابِ فَاُوٰرِیَ سَوْءَۃَ اَخِیۡ ۚ فَاَصْبَحَ مِنَ النّٰدِمِیۡنَ ۳۱﴾

31. Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk menunjukkan kepadanya(Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Qabil berkata : “Aduh celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Maka jadilah dia termasuk orang yang menyesal.

[al-Ma'idah : 27 - 31]
………………………………………………………………………………………………


Dikisahkan daripada as-Sadiy dengan kebenaran dari Abu Malik dan Abu Salih selepas Ibn Abbas(rahimahullah), dan dengan kebenaran daripada Ibn Mas’ud dan teman-teman bahawa Adam(alaihissalam) mendapat anak lelaki dari satu kelahiran berkawin dengan wanita daripada kelahiran lainnya pula. Sepatutnya Habil berkawin dengan adik saudaranya Qabil yang lebih cantik daripada wanita-wanita lain. Pada masa yang sama, Qabil juga mahukan adiknya ini. Adam alaihissalam mengarahkan Qabil untuk membenarkan adiknya itu berkawin dengan Habil, namun dia(Qabil) menolak. Adam alaihissalam kemudiannya menyuruh mereka(Habil dan Qabil) mempersembahkan korban kepada Allah Maha Kuasa. Sementara itu, Adam berangkat ke Mekah untuk melaksanakan ibadah haji. Sebelum berangkat, Adam alaihissalam cuba menyerahkan tugas(korban tadi oleh anak mereka) kepada syurga, bumi dan akhirnya bukit, namun semuanya menolak. Makanya, Qabil menerima tanggungjawab itu dan setelah Adam alaihissalam berangkat, mereka(Habil dan Qabil) serahkan korban mereka kepada Allahu ta’ala. Habil persembahkan kambing yang gemuk, manakala Qabil persembahkan tumbuhan-tumbuhan yang teruk. Kemudian, api dari langit turun dari syurga dan mengambil korban yang dipersembahkan oleh Habil, dan biarkan apa yang Qabil persembahkan tanpa diusik. Qabil menjadi sangat marah dan berkata pada saudaranya : Aku akan bunuh kamu supaya tidak mengahwini adik aku, dan Habil berkata : {“Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada Muttaqun(orang yang bertakwa)”}.

Abdullah ibn ‘Amr rahimahullah berkata : “Demi Allah! Yang terbunuh itu(Habil) lebih kuat daripada yang pembunuh(Qabil) tapi dia tidak mahu walaupun mengangkat tangannya kepada saudaranya itu kerana sifat ketaatan dan takut kepada Tuhan.”
Abu Ja’far al-Baqir menyebut bahawa Adam alaihissalam ada sewaktu Habil dan Qabil mempersembahkan korban mereka. Setelah korban Habil diterima, Qabil berkata pada Adam alaihissalam, “Korbannya diterima kerana kamu merayu kepada Allah untuk Habil”. Dan dia senyap-senyap menyimpan sesuatu untuk saudaranya. Satu hari, Habil terlambat dan Adam suruh Qabil mencarinya. Mereka saudara itu bertemu dan Qabil berkata : “Korban kamu diterima tapi tidak pula korban aku.” Habil berkata : {“Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada Muttaqun(orang yang bertakwa)”}. Qabil menjadi marah lalu memukul saudaranya itu dengan batang besi dan Habil mati sekaligus.

Disebutkan bahawa : “Qabil membunuh Habil dengan melempar batu pada kepala Habil saat dia sedang tidur”. Juga disebut : “Qabil mencekik Habil dengan sangat ganas dan tumbuk dia hingga mati bagaikan binatang buas”. Bagaimanapun, kata-kata Habil ketika Qabil mengugut untuk membunuhnya : {Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam.}[al-Maidah : 28], menunjukkan ketaatan Habil kepada Allah yang sangat sempurna yang walaupun dia boleh bunuh saudaranya itu, berbeza dengan sifat Qabil. Dengan ini, Abu Bakrah rahimahullah meriwayatkan bahawa Rasulullah solallahu alaihi wasallam bersabda :
“Apabila dua orang Muslim bertemu dan salah seorang dari mereka membunuh saudaranya itu dengan senjata, kedua-duanya masuk ke Neraka.” Dia [Ahnaf, salah seorang daripada pencerita] berkata, atau telah dikatakan : “Ya Rasulallah! Itu adalah kes untuk si pembunuh, bagaimana pula dengan yang dibunuh(kenapa pula dia dimasukkan ke neraka)?” Kemudian Rasulullah sollallahu alaihi wasallah bersabda : “Dia juga berniat mahu membunuh saudaranya.”

Allah Maha Kuasa berfirman :
{“Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan(membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan jadi penghuni neraka; dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang yang zalim.”}[al-Maidah : 29],Yakni : Aku tidak ada niat mahu melawan kamu walaupun aku jauh lebih kuat dan hebat dari kamu, tetapi kamu akan{(membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri} yakni : kau akan membawa dosa membunuhku bersama dosamu yang lalu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan at-Tirimidhi dengan kebenaran oleh Sa’ad bin Abu Waqqas daripada Uthman Bin Affan yang dibaca : Aku mempersaksikan bahawa Rasulullah solallahu alaihi wasallam bersabda :
“Akan datang akan tiba suatu masa kekacauan di mana orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri dan orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari.”
Seseorang berkata : “Ya Rasulullah! Apa pendapatmu seandainya seseorang masuk ke rumahku dan regangkan tangannya untuk membunuhku?”
Rasulullah solallahu alaihi wasallam bersabda : “Jadilah seperti anak Adam(Habil)”

Diriwayatkan pula oleh Ibn Mardwiyah oleh Hudzaifah Ibn al-Yaman dalam sebuah riwayat lain : “Jadilah sebaiknya seperti dua anak Adam.”
Allah Maha Kuasa berfirman :
{Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk menunjukkan kepadanya(Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Qabil berkata : “Aduh celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Maka jadilah dia termasuk orang yang menyesal.}[al-Maidah : 31]
Sesetengah penterjemah berkata : “Setelah Qabil sudah bunuh saudaranya, dia membawa Habil di belakangnya dalam beberapa tahun penuh(maksudnya : dia tidak tahu mahu lakukan apa dengan mayat itu!)”. Dalam terjemah lain pula mengatakan : “Dia membawa Habil di belakangnya selama seratus tahun hingga Allah tabaraka wata’ala menghantar dua burung gagak yang bergaduh. Satu darinya mati. Pembunuh itu menggali tanah untuk menyorokkan mayat yang mati tadi. Melihat kejadian itu, Qabil berkata : “Aduh, celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Kemudian dia menanam mayat Habil dan menimbusnya dengan tanah.

                                                     

Senin, 12 Desember 2011

Melihat Allah Pada Hari Kiamat

Gambar Hiasan


Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Di sini aku ingin berkongsi sebuah kisah yang amat membuatkan hati aku bergetar hingga menitis air mata kerana menginginkan kenikmatan ini. Ya, siapa yang tidak mahu melihat Allah, tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah, jin dari api dan malaikat dari cahaya, tuhan yang berdiri dengan sendirinya.


Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada Hari Kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.


Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril, “Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”


Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.


Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.


Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji Allah untuk orang yang beriman.


Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia. Firman Allah, “Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.


Gambar Hiasan
Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, “Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.


Seketika kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan Kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga. Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula Nabi Isa memperdengarkan bacaan Kitab Injil yang pernah diturunkan Allah kepada beliau.


Kemudian Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci Zabur dan beliau membaca dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai Kitab Zabur dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ke atas mimbar untuk membacakan Kitab Suci Al-Quran. Rasulullah membaca dengan suara yang paling merdu dan lembut serta tak pernah didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia dahulu sehinggakan semua penghuni syurga terpegun.


Setelah selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang pernah diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia di syurga berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tak pernah terfikir oleh akal.


Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan yang sebenarnya antara manusia dengan Allah. Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia dan seluruh manusia menyambut salam dengan rasa nikmat dan syukur tak terperi.


Berkatalah seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih dan Penyayang, “Wahai tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini”. Allah lalu berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan. Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.


Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, Allah berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata mereka, “Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?” Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]


Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.


Rujukan: Himpunan Kisah Teladan

Dari : Syahirul.com
Archive : akucintakanislam.blogspot.com
Wallahu alam

Rabu, 02 November 2011

Cahaya Kami Bukan Untuk Kamu Kelak




Kelak golongan munafiq meminta cahaya sedikit dari golongan Syurga di hari akhirat, dalam gelap gelita mereka mencari cahaya. Pergilah kamu, cahaya kami bukan untuk kamu. Carilah sendiri.

يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِن نُّورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِن قِبَلِهِ الْعَذَابُ


Maksudnya :
"(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa."
[al-Hadid(Besi) : Ayat 13]