Tampilkan postingan dengan label Kisah Tauladan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kisah Tauladan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 04 Februari 2015

Persepsi Moden Mengenai Muslim [Video]



Sebuah video menarik mengenai persepsi kebanyakan masyarakat terhadap Muslim. Hayati dan ambil pengajaran.

Sumber : Darussalam Publishers and Distributors

Selasa, 06 Januari 2015

Kisah Cinta Istana Syurga

Gambar Hiasan
Maaf cerita ini ditulis panjang. Harap kalian sudi luangkan masa berharga kalian membaca cerita ini. Ada hikmah dan pengajaran :)

***

“Kau nak pergi mana ni Aisyah, awalnya balik?”

Aisyah tergesa-gesa mengemas barang ke dalam tas tangan. Telefon bimbit sesekali ditinjau menunggu mesej dari seseorang.

“Wah mentang-mentang dah berpunya, lansung tak pandang aku sekarang eh?”

“Tak lah Nas, aku nak balik cepat ni suami aku dah tunggu. Aku balik dulu, sorry sorry, bye!” Aisyah ketawa, tidak sabar untuk pulang. Tunggu saya balik awak!

Aisyah singgah ke Restoran Salim untuk belikan makanan kegemaran suaminya. Lauk ayam masak sambal. 

“Abang tak suka lah lauk ni, abang suka lauk merah merah.” Irshad mengenyitkan matanya sambil menjeling ke arah dapur.

“Abang makan lauk tu ke? Semalam punya lah. Ya Allah abang, dah basi tahu tak?”

Irshad terkedu. “Eh..ah..yeke? Nampak macam sedap je.”, lantas berlari ke tandas.

Aisyah teringat lauk kegemaran suaminya, merah merah. Tergelak sendiri bila terfikirkan Irshad termakan lauk sudah basi. Ya Allah, bertuah punya suami. Tahu pun sakit perut. Perut lelaki. Tertawa sekali lagi sambil tangannya menutup mulutnya yang dilitupi purdah. Sepuluh ringgit dihulurkan kepada juruwang Restoran Salim dan Aisyah bergegas pulang.

“Abangg!”

Rumahnya sunyi, tiada siapa di dalam. Aisyah terlupa, salam diberikan. Teruja pulang sehingga terlupa untuk beri salam. Lauk sebentar tadi diletakkan dahulu atas meja, Aisyah meninjau ke luar. Irshad sedang berbincang dengan seseorang. Sejurus selepas itu tetamu tersebut keluar.

“Abangg! Hi!”

“Ya Allah ya Tuhanku. Ehh, sayang. Nasib baik tak tergugur juntung abang...erm..ada apa?”

Aisyah mencium tangan suaminya, terperanjat Irshad dibuatnya sergah dari belakang tingkap.

“Eee sebut jantung pun salah. Siapa tu bang? Tetamu ke? Meh lah ajak masuk Aisyah hidangkan minuman?” Aisyah mengangkat keningnya bersedia untuk menghidangkan Kopi istimewanya, Irshad tertawa.

“Eh tak ada apa lah. Itu erm..kawan abang. Meh pergi sana.” Irshad memegang bahu Aisyah membawanya ke meja makan. Aisyah memanjangkan lehernya meninjau ke luar untuk melihat tetamu sebentar tadi. Pulang.

Lauk dihidangkan, Aisyah membuka purdah dan tudungnya untuk tatapan suaminya. Khas untuk suami.

“Lawa isteri abang ni ye? Alhamdulillahhh.”

“Lawa kan abang? Suap lah makan kat saya sikit.” Aisyah membuka mulut untuk disuap nasi.

“Aduh abang tak reti lah suap-suap ni.”

Aisyah menjelingkan mata ke arah tangannya, menyuruh Irshad melihat bagaimana mahu menyuap. Irshad membelakangkan kepala. “Boleh makan ke ni?”

Aisyah memandang Irshad dengan mata tajam.

“Yelah. Suruh orang lain suap.”

Irshad ketawa sahaja melihat isterinya merajuk. Aisyah berlari ke atas, minta dipujuk. Irshad melihat sahaja. Nantilah aku pujuk.

Televisyan dihidupkan. Hai, macam perli sahaja televisyen ni. Cun cun keluar gambar orang tengah suap menyuap di meja makan. Ternganga mulut dibuatnya. Tuhan suruh aku pujuk ke ni? Dipandang nasi yang dihidangkan Aisyah tadi. Tersenyum. Tak apalah, aku hidup tak lama. Biarlah dia merasa kasih sayang.


****

“Betul ke awak mahu sertai kami? Kami tidak menjanjikan awak akan pulang hidup hidup. Tetapi Allah menjanjikan syurga untuk mereka yang syahid.”

Irshad menganguk dan tersenyum, itu yang diimpikan. Dia mahu syahid di medan perang. Borang diisi, dan Irshad sering berhubung dengan pengurus tersebut untuk hal-hal terkini.

Tidak lama selepas itu, Irshad bertemu dengan seorang gadis. Berpurdah. Pada mulanya Irshad hanya menundukkan pandangan tanda hormat pada wanita berpurdah, tapi ada sesuatu pada wanita tersebut yang menarik hatinya. Bila ditoleh, wanita tersebut sudah pergi. Tangan Irshad meneruskan untuk mengerah tenaga mengangkat paket-paket makanan yang akan dihantar ke Syria.

Malamnya dia termimpi dihadirkan satu cahaya, dan cahaya tersebut kerap menemaninya ke mana sahaja dia pergi dan menyuluh arah laluannya. Irshad pelik. Bila dia melihat ke arah cahaya tersebut, cahaya tersebut semakin menyejukkan mata. Irshad berfikir untuk mengambil cahaya tersebut menjadi temannya sepanjang perjalanan dalam mimpi. Dilihatkan Kaabah yang ingin sekali Irshad melawati, makam Nabi tercinta turut dilawati.

Irshad terus bangun dan menitiskan air mata. Ya Allah, aku merinduimu. 

Tubuh dibasahi dengan wudhuk, lantai dihiasi dengan sejadah. Irshad sergam beribadat dengan yakin dan bersemangat. Yakin bahawa Allah ingin membantunya.

“Along tak perlulah hantarkan duit pada mama. Mama serba cukup long.”

Dia menggenggam erat telefon bimbitnya, sejuk hati mendengar suara ibunya yang dirindui. Andai sahaja telefon itu ibunya, pasti sudah dipeluk erat-erat.

“Tak apa mama, along ikhlas. Mama buatlah simpan untuk pergi haji ke.”

“Terima kasih nak. Anak mama yang lain tak ada yang telefon mama bertanyakan khabar mama. Kadang-kadang mama duduk bersimpuh kat pintu menunggu anak-anak balik. Nanti ada masa along pulang ye nak. Mama nak along, bukan duit.”

Irshad menitiskan air mata, namun suaranya dikawal agar ibunya tidak mendengar dia menangis. Mujur telefon tidak merakam riak wajah. Pasti mama menangis kalau lihat aku menitiskan air mata.

“Kamu ni dah dewasa, patutnya kamu dah boleh berkahwin Ad”

Pengurus selesa memanggil Irshad dengan gelaran tersebut, mereka seperti kawan karib semenjak kebelakangan ini. Dengan azam yang sama. Jihad di jalan Allah.

“Saya ni siapa yang nak bang. Apa pun tak ada. Harapkan motor tu je.”

“Allah, tak perlu rasa kecil diri. Allah lebih murahkan rezeki mereka yang sudah berkahwin Ad. Ramai jadi living proof, malah mereka lebih bahagia dari sebelumnya.”

Irshad cuma membalas dengan senyuman. Tidak mampu disangkal, rezeki memang dilimpah ruahkan setelah berkahwin. Jika tidak pada harta, Allah akan buka pintu rezeki lain juga seperti anak-anak dan ilmu.

“Irshad...”

Dia memandang pengurusnya, Encik Zamri, terkejut kerana dia memanggil nama Irshad. Selalunya memanggil Ad. Irshad memandang ke arah mata Encik Zamri.

“Abang ada sepupu, anaknya baru pulang dari USIM tu. Ambil apa saya tak ingat. Ada sains-sains. Saya tak pandai sains ni. Kalau kamu nak, saya boleh minta kamu taaruf dengan anaknya. Kalau suka bolehlah berkahwin, saya tak larang pilihan kamu. Semalam dia ada datang, tak tahu kamu perasan ke tak.”

Hanya kuntuman bunga dibalas olehnya. Encik Zamri menepuk bahu Irshad kemudian beredar untuk membantu sukarelawan yang lain. Tubuh tersebut diperhatikan oleh Irshad sehingga hilang dari pandangan matanya.

“Berkahwin. Mampu ke aku?” Irshad mengeluh, tetapi tersenyum.


****


Genggam tangannya semakin berpeluh, senyuman terpaksa diukir walaupun bibirnya sendiri menggigil untuk tersenyum.

“Mari jemput masuk Irshad.” sapa Encik Ibrahim.

Terkejut kerana insan tersebut kenal nama Irshad.

“Abang Zamri kamu ada ceritakan pada saya tentang kamu. Saya sepupu dia. Banyak betul pujian dia berikan kepada kamu ye.” senyuman Encik Ibrahim melegakan hatinya.

“Saya biasa sahaja encik. Tiada apa nak dibanggakan.” Irshad merendah diri.

“Baguslah saya suka orang merendah diri macam kamu,” kedua mereka tertawa. Lega hatinya dan hilang rasa gemuruh yang tidak berhenti-henti dari tadi.

Mereka berdua duduk di ruang tamu, dihidangkan Mak Tam orang gaji mereka air sarsi sejuk. Terpegun dengan besarnya rumah Encik Ibrahim. Tidak pernah melihat rumah sebesar ini. Anak kecil berlari-lari dalam rumah ke arah seorang lelaki. Lelaki tersebut menghulurkan tangan kepada Irshad.

“Saya Rafiq, salam kenal.”

Irshad bangun berdiri untuk bersalaman dengan lelaki tersebut. Encik Ibrahim memberitahu itu adalah anak lelakinya yang sulung. 

“Kita sama-sama anak sulung, saya faham.” mereka berdua ketawa. Hanya anak sulung yang faham apa yang dibincangkan mereka berdua. Encik Ibrahim meminta maaf kerana isterinya outstation, tetapi sudah diberitakan mengenai taaruf ini dan isterinya turut berkenan.

Maka hadirlah Aisyah yang sebelum ini Irshad tidak pernah kenal namanya atau wajahnya. Aisyah melangkah ke tempat duduk sebelah ayahnya dengan tertib. Hanya mata yang dilihat dari kesemua wajahnya.

Usai sesi taaruf, dia pulang ke rumahnya dan berfikir panjang, namun diseliti senyuman. Telefon digenggam dan nombor ibunya ditelefon. Segala yang berlaku diberitahu kepada ibunya. Irshad dan ibunya sama-sama beristiqarah untuk mendapatkan keputusan.

“Soal mas kahwin, hantaran dan sebagainya, kamu jangan risau, saya akan cuba uruskan dengan wang saya dahulu,” pelawa Encik Zamri.

"Insha-Allah, kelak saya dapat tawaran bekerja saya akan pulangkan semula duit abang.”

Mereka berdua berpeluk. Encik Zamri gembira kerana anak muda ini diberikan peluang berkahwin. Ramai ibu bapa tidak mahukan anaknya berkahwin awal. Sebab? Jika ditanyakan, mereka tiada sebab yang munasabah. Mahukan anak belajar terlebih dahulu. Tidak mahu kerja terganggu buat masa ini. Macam-macam alasan diberikan. Ibu bapa sepatutnya lebih matang dalam urusan ini. Jika dilewatkan, maksiat berleluasa dan anak luar nikah dicampak dalam tong sampah. Nauzubillah. Encik Zamri menggelengkan kepala memikirkan nasib anak muda sekarang.

Maka sahlah Irshad dan Aisyah sebagai suami isteri, dengan majlis perkahwinan sederhana, hanya tetangga terdekat sahaja yang dijemput. Majlis dilaksanakan di rumah ibunya untuk menggembirakan hati ibunya. Biarlah rumah itu usang, di situlah lahirnya anak berjaya. Aku sayang mama aku yang telah banyak berkorban untuk aku. Irshad berbisik di hati.


****

Pintu diketuk.

“Takde orang kat dalam,” Aisyah berpura-pura.

“Abang masuk ye?”

“Masuklah, rumah dia jugak.”

Alhamdulillah, rumah ini dikurniakan atas usahanya bekerja keras untuk membeli tempat tinggal selesa untuk keluarganya. Mama turut dibawa untuk tinggal bersamanya, namun tidak lama selepas itu mama mahu pulang ke kampung kerana rumah usang tersebut mengait memori yang indah buatnya. Lagipun ada anak-anak kecil yang selalu datang mengaji dengan mama. Nanti sampai masa mama akan tinggal dengan Irshad.

“Alah dia merajuk ye? Macam mana muka merajuk Aisyah?”

“Taknak lah.”

“Yelah abang suap, nah buka mulut.”

Laju sahaja Aisyah duduk menghadap suaminya, senyuman diukir tanpa henti. Lesung pipit Aisyah menambahkan seri wajahnya. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Lauk tadi disuap banyak ke mulut Aisyah.

“Sedap abang. Air tangan suami. Abang nak? Saya suapkan jugak” Aisyah tertawa.

Mereka berdua saling menyuap. Yang halal, tiada siapa mampu halang. Mereka bercerita kenangan mereka sewaktu mula-mula kenal. Semua saling berdiam.

“Abang dulu tulah, diam je. Rupanya banyak cakap orangnya.”

“Aisyah tu? Baru abang tahu isteri abang ni kuat merajuk. Manje ye?”

Ruang bilik tersebut dipenuhi gelak ketawa mereka. Pastinya bidadari di syurga mencemburui Aisyah kerana menceriakan hati suaminya ketika di dunia lagi, apatah lagi di akhirat? 

“Aisyah, abang nak cakap sikit...”

Aisyah yang tadinya bibir dimekarkan dengan ketawa, kini serius memandang ke arah suaminya.

“Lusa abang kena pergi ke Syria, mereka tidak cukup tangan di sana.”

Mata isteri tercinta tunduk menghadap ke bumi. Isteri mana yang tidak sedih berjauhan dengan suaminya. Tambahan mereka masih baru berkahwin.

“Abang, bawak saya sekali lah.”

“Tak boleh, abang nak kamu jagakan mama abang kalau apa-apa terjadi.”

“Alah,” Aisyah diam seketika. “Berapa lama kat sana?”

“Dalam 4 hari. Sekejap sahaja.”

“Bagi Aisyah lama tahu tak bang.”

“Abang buat untuk Allah sayang.”

Mereka berdua berdiam diri. Sejak dari itu Aisyah kerap menangis di bahu suaminya, takut. Takut suaminya akan pergi. Semakin kerap mereka beribadah di tengah malam daripada biasa, memohon rahmat dan kasih sayang Allah agar permudahkan segalanya.


****



Usai bacaan Yassin, Aisyah mengesatkan air mata. Telah pergi insan yang disayangi.

Raihan dan Zaleeha sahabat karibnya memeluk Aisyah, mereka kerap menemani Aisyah ke tanah perkuburan ini. Mereka berdua beredar ke kenderaan mereka, meninggalkan Aisyah.

“Terima kasih.”

Aisyah memandu keretanya pulang ke rumah. Air mata mengalir, namun hatinya tetap tabah.

“Mama!”

Aisyah tersenyum melihat anaknya berlari ke arahnya. Alhamdulillah dikurniakan Allah cahaya mata yang comel ini menyerikan lagi hidupnya.

“Comelnya anak mama ni ye? Mama ada belikan tudung baru untuk Alia, Alia pakai nanti ye?”

Alia berlari kegembiraan membawa beg plastik yang berisi tudung sebentar tadi. Aisyah cuma ketawa melihat gelagat anaknya.

Purdah dan tudung dibuka, badan yang lesu disandarkan ke kerusi.

“Aisyah...”

Aisyah terjaga, suara yang dikenalinya, orang yang amat dicintai.

“Abang...”

“Maaf abang tak dapat ikut ziarah kubur kakak Aisyah tadi.”

“Tak mengapa saya faham abang kerja.”

Alia berlari ke arah papa, menunjukkan pada papanya tudung baru yang dibelikan mama.

“Lawanya anak papa. Sebiji rupa mama kamu,” Aisyah mencubit peha Irshad, tertawa.

“Terima kasih Aisyah. Awaklah cahaya yang menemani dan menyuluh kehidupan saya. Abang cintakan Aisyah.”

Aisyah cuma tersipu malu. Sama-sama abang....


Karya Mohamad Zafranudin


Jumat, 21 Juni 2013

Kisah Nabi Musa Alaihissalam Bersama Ibunya

Sungai Nil



{Kisah Nabi Musa a.s. Dan Ibunya}




Kronologi

(1) Berpisah dengan ibu dan sampai ke rumah Asiyah dan Fir'aun.

(2) Bertemu semula dengan ibunya.




***********




Nabi Musa berasal daripada keturunan Bani Israel dan lahir di negara yang diperintah oleh Fir'aun.




Raja Fir'aun amat takut dengan Bani Israel, kerana dia tahu, bani tersebut suatu hari akan memusnahkan pangkat dan segala-galanya miliknya. Maka dia ingin membunuh semua keturunan bani Israel dari keturunan lelaki.

Maka berkata seorang pembesar:

"Wahai tuanku, jika semua lelaki bani Israel dibunuh, maka para perempuan mereka akan membuat kerja-kerja lelaki sedangkan kita tahu mereka tidak kuat. Akhirnya, segala tugas tersebut, kita pula yang kena laksanakan."

Maka Fir'aun berfikir, dan menitahkan agar setiap selang setahun, bani Israel dari kaum lelaki akan dibunuh. Bermakna, tahun ini bayi Bani Israel akan dibiarkan hidup untuk buat kerja berat, dan tahun hadapan, bayi-bayi yang lahir pada tahun hadapan akan dibunuh.

Dan lahirlah Musa pada tahun dimana semua bayi lelaki bani Israel yang lahir tahun itu akan dibunuh. Betapa ketakutan ibunya.

Maka Allah wahyukan agar ibunya meletakkan anaknya dalam kotak yang terapung di tepi sungai Nil (kerana rumah ibu baginda di tepi sungai). Setiap kali ada pemeriksaan bayi (oleh bidan wanita), maka ibunya akan sorokkan nabi Musa ke dalam kotak itu dan ikatkan pada tebing.

Ditakdirkan, suatu hari datang seorang bidan wanita untuk memeriksa bayi untuk diserahkan pada Fir'aun dan dibunuh. Maka ibunya tergesa-gesa letakkan Nabi Musa ke dalam kotak, dan...terlupa mengikatnya. Dengan Kuasa Allah, kotak itu bergerak mengikut arus.

Alangkah sedihnya ibu Musa a.s., disebabkan kesedihannya, dia HAMPIR sahaja meminta bantuan orang ramai yang akan menyebabkan rahsianya terbongkar. Namun oleh kerana kekuatan yang diberikan oleh-Nya, maka dia tabah dan mengadu pada kakaknya Nabi Musa a.s., dan dia (kakak Nabi Musa) menyarankan agar ibunya pergi melihat sekeliling.

Sementara itu, Nabi Musa a.s. hanyut ke rumah Fir'aun, dan dikutip oleh dayang Asiyah Binti Muzahim, isterinya Fir'aun. Mereka tidak berani buka kotak itu takut dimarahi. Maka diserahkan pada Asiyah.

Setelah dibuka, didapati di dalamnya seorang bayi yang tampan dan indah rupanya, menawan hati Asiyah yang sewaktu itu tidak punya bayi. Dipujuknya agar Fir'aun terima sudi benarkan Asiyah bela bayi itu. Sedangkan, bayi itulah yang akan membimbing Asiyah dan menghancurkan Fir'aun.

{Bagaimana Dipertemukan Dengan Ibu Tercinta}

Diserahkan pada bidan agar menyusukan Nabi Musa a.s., namun Nabi Musa tidak menerima puting mereka. Kerana Allah tetapkan bahawa baginda akan bertemu dengan ibunya.

Maka dayang-dayang membawa Nabi Musa a.s. sekeliling untuk mencari ibu susuan. Kakak Nabi Musa a.s. yang ketika itu berada di pasar, terlihat akan bayi itu. Oleh nalurinya, dia tahu bahawa itu adalah adiknya. Maka dipanggil dayang itu membawa bayi itu kepada ibunya(yang waktu itu, mereka tidak tahu, bahwa itu adalah ibunya yang sebenar).

Berkata mereka : Bagaimana kami ingin tahu kamu tidak berbohong?

Jawab kakaknya : Sesungguhnya wanita ini ikhlas dan mengharapkan imbalan.

Mereka setuju, dan Nabi Musa minum susu dari ibunya sendiri. Apabila disampaikan brita gembira itu pada Asiyah, dia gembira dan menghadiahkan wanita itu (ibu Nabi Musa) ganjaran. Allah memperkenan doa Ibu Musa untuk dipertemukan semula dengan anak kesayangannya.

Sabtu, 06 April 2013

Abu Hurairah - Pencinta Kucing

Siapakah Dia Abu Hurairah

Agak mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini...

Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu.


Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis, tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing.


Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah dan mempun.


Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. 

Dalam suatu peristiwa, tatkala Abdul Rahman bin Sakhr (nama sebenar Abu Hurairah) menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).


Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana Nabi s.a.w. sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing


Rabu, 03 April 2013

Zinnirah, Seorang Wanita Srikandi Islam



Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua

Jumat, 17 Agustus 2012

Balqis - Puteri Saba'








﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

…………………………………………………………………

“Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa ashadu ‘anna Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”

“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.”

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana setelah lama saya mendiamkan diri dalam penulisan blog(atas urusan menuntut ilmu), kini saya berpeluang – dengan Izin Allah – berkongsi kepada anda sebuah lagi kisah sejarah Islam yang menarik yang telah Allah ﷻ nyatakan dalam  al-Quran. Semoga Allah ﷻ limpahkan rahmat-Nya kepada Imam Ibn Kathir kerana beliau telah menerangkan dengan jelas kepada kita mengenai kisah-kisah menarik dalam al-Quran al-Kareem.

   Semoga kisah ini menambahkan pengetahuan kita serta mendekatkan diri kita kepada Allah ﷻ dan sentiasa dilimpahi rahmat-Nya. Amen.

…………………………………………………………………


 وَ تَفَقَّدَ الطَّیۡرَ فَقَالَ مَا لِیَ لَاۤ اَرَی الْہُدْہُدَ ۫ اَمْ کَانَ مِنَ الْغَآئِبِیۡنَ ﴿۲۰﴾
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk(Hud-hud)? Adakah dia termasuk mereka yang tidak hadir?

 لَاُعَذِّبَنَّہٗ عَذَابًا شَدِیۡدًا اَوْ لَاَاذْبَحَنَّہٗۤ اَوْ لَیَاۡتِیَنِّیۡ بِسُلْطٰنٍ مُّبِیۡنٍ ﴿۲۱﴾
"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".

فَمَکَثَ غَیۡرَ بَعِیۡدٍ فَقَالَ اَحَطۡتُّ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِہٖ وَ جِئْتُکَ مِنۡ سَبَاٍۭ بِنَبَاٍ یَّقِیۡنٍ ﴿۲۲﴾
Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.


اِنِّیۡ وَجَدۡتُّ امْرَاَۃً تَمْلِکُہُمْ وَ اُوۡتِیَتْ مِنۡ کُلِّ شَیۡءٍ وَّ لَہَا عَرْشٌ عَظِیۡمٌ ﴿۲۳﴾
"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan  dia  dianugerahkan  segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar.”

 وَ جَدۡتُّہَا وَ قَوْمَہَا یَسْجُدُوۡنَ لِلشَّمْسِ مِنۡ دُوۡنِ اللہِ وَ زَیَّنَ لَہُمُ الشَّیۡطٰنُ اَعْمٰلَہُمْ فَصَدَّہُمْ عَنِ السَّبِیۡلِ فَہُمْ لَا یَہۡتَدُوۡنَ ﴿ۙ۲۴﴾
"Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -

اَلَّا یَسْجُدُوۡا لِلہِ الَّذِیۡ یُخْرِجُ الْخَبْءَ فِی السَّمٰوٰتِ وَ الْاَرْضِ وَ یَعْلَمُ مَا تُخْفُوۡنَ وَمَا تُعْلِنُوۡنَ ﴿۲۵﴾
"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

 اَللہُ لَاۤ اِلٰہَ اِلَّا ہُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِیۡمِ ﴿ٛ۲۶﴾
"Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".

قَالَ سَنَنۡظُرُ اَصَدَقْتَ اَمْ کُنۡتَ مِنَ الْکٰذِبِیۡنَ ﴿۲۷﴾
Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.

 اِذْہَبۡ بِّکِتٰبِیۡ ہٰذَا فَاَلْقِہۡ اِلَیۡہِمْ ثُمَّ تَوَلَّ عَنْہُمْ فَانۡظُرْ مَاذَا یَرْجِعُوۡنَ ﴿۲۸﴾
"Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka".

 قَالَتْ یٰۤاَیُّہَا الۡمَلَؤُا اِنِّیۡۤ اُلْقِیَ اِلَیَّ کِتٰبٌ کَرِیۡمٌ ﴿۲۹﴾
(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.

 اِنَّہٗ مِنۡ سُلَیۡمٰنَ وَ اِنَّہٗ بِسْمِ اللہِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیۡمِ ﴿ۙ۳۰﴾
Sesungguhnya  (surat) itu daripada Sulaiman yang  isinya  : “Dengan Nama  Allah Yang Maha  Pemurah Lagi Maha Penyayang.”

 اَلَّا تَعْلُوۡا عَلَیَّ وَاۡتُوۡنِیۡ مُسْلِمِیۡنَ ﴿٪۳۱﴾
Janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri(Muslimin).

 قَالَتْ یٰۤاَیُّہَا الۡمَلَؤُا اَفْتُوۡنِیۡ فِیۡۤ اَمْرِیۡ ۚ مَا کُنۡتُ قَاطِعَۃً اَمْرًا حَتّٰی تَشْہَدُوۡنِ ﴿۳۲﴾
Dia (Balqis)  berkata : “Wahai para pembesar! Berilah aku  pertimbangan dalam perkaraku(ini). Aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir dalam majlis(ku).

 قَالُوۡا نَحْنُ اُولُوۡا قُوَّۃٍ وَّ اُولُوۡا بَاۡسٍ شَدِیۡدٍ ۬ وَّ الْاَمْرُ اِلَیۡکِ فَانۡظُرِیۡ مَاذَا تَاۡمُرِیۡنَ ﴿۳۳﴾
Mereka menjawab : “Kita memiliki kekuatan dan keberanian luar biasa(untuk berperang) tetapi keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan engkau perintahkan.

 قَالَتْ اِنَّ الْمُلُوۡکَ اِذَا دَخَلُوۡا قَرْیَۃً اَفْسَدُوۡہَا وَجَعَلُوۡۤا اَعِزَّۃَ اَہۡلِہَاۤ اَذِلَّۃً ۚ وَکَذٰلِکَ یَفْعَلُوۡنَ ﴿۳۴﴾
Dia(Balqis) berkata : “Sesungguhnya raja-raja apabila menakluk suatu negeri, mereka tentu membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia menjadi hina; dan demikian yang akan mereka buat.”

 وَ اِنِّیۡ مُرْسِلَۃٌ اِلَیۡہِمۡ بِہَدِیَّۃٍ فَنَاظِرَۃٌۢ بِمَ یَرْجِعُ الْمُرْسَلُوۡنَ ﴿۳۵﴾
Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah  dan (aku) akan menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh para utusan itu.
فَلَمَّا جَآءَ سُلَیۡمٰنَ قَالَ اَتُمِدُّوۡنَنِ بِمَالٍ ۫ فَمَاۤ اٰتٰىنِۧ اللہُ خَیۡرٌ مِّمَّاۤ اٰتٰىکُمۡ ۚ بَلْ اَنۡتُمۡ بِہَدِیَّتِکُمْ تَفْرَحُوۡنَ ﴿۳۶﴾
Maka ketika para (utusan itu) sampai kepada Sulaiman, dia (Sulaiman) berkata : “Apakah patut kamu memberikan harta kepadaku? Kerana apa yang Allah berikan kepadaku lebih baik daripada apa yang Allah berikan kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu.

اِرْجِعْ اِلَیۡہِمْ فَلَنَاۡتِیَنَّہُمْ بِجُنُوۡدٍ لَّا قِبَلَ لَہُمۡ بِہَا وَ لَنُخْرِجَنَّہُمۡ مِّنْہَاۤ اَذِلَّۃً وَّ ہُمْ صٰغِرُوۡنَ ﴿۳۷﴾
Kembalilah kepada mereka! Sesungguhnya kami pasti akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya dan akan kami usir mereka dari negeri itu (Saba’) secara terhina dan mereka akan menjadi (tawanan) yang hina dina.”

قَالَ یٰۤاَیُّہَا الۡمَلَؤُا اَیُّکُمْ یَاۡتِیۡنِیۡ بِعَرْشِہَا قَبْلَ اَنۡ یَّاۡتُوۡنِیۡ مُسْلِمِیۡنَ ﴿۳۸﴾
Dia (Sulaiman) berkata : “Wahai para pembesar! Siapakah di antara kamu yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka  datang kepadaku menyerahkan diri?”

 قَالَ عِفْرِیۡتٌ مِّنَ الْجِنِّ اَنَا اٰتِیۡکَ بِہٖ قَبْلَ اَنۡ تَقُوۡمَ مِنۡ مَّقَامِکَ ۚ وَ اِنِّیۡ عَلَیۡہِ لَقَوِیٌّ اَمِیۡنٌ ﴿۳۹﴾
‘Ifrit daripada golongan Jin berkata : “Aku yang akan membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat untuk membawanya, lagi dipercayai.”

قَالَ الَّذِیۡ عِنۡدَہٗ عِلْمٌ مِّنَ الْکِتٰبِ اَنَا اٰتِیۡکَ بِہٖ قَبْلَ اَنۡ یَّرْتَدَّ اِلَیۡکَ طَرْفُکَ ؕ فَلَمَّا رَاٰہُ مُسْتَقِرًّا عِنۡدَہٗ قَالَ ہٰذَا مِنۡ فَضْلِ رَبِّیۡ ۟ لِیَبْلُوَنِیۡۤ ءَاَشْکُرُ اَمْ اَکْفُرُ ؕ وَمَنۡ شَکَرَ فَاِنَّمَا یَشْکُرُ لِنَفْسِہٖ ۚ وَمَنۡ کَفَرَ فَاِنَّ رَبِّیۡ غَنِیٌّ کَرِیۡمٌ ﴿۴۰﴾
Seorang yang mempunyai ilmu daripada Kitab1­ berkata : “Aku akan membawa singgahsana  itu kepadamu sebelum matamu berkelip.” Maka ketika dia (Sulaiman) melihat singgahsananya itu terletak di hadapannya, dia pun berkata : “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari(nikmatNya).” Barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri, dan barangsiapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Mulia.

قَالَ نَکِّرُوۡا لَہَا عَرْشَہَا نَنۡظُرْ اَتَہۡتَدِیۡۤ اَمْ تَکُوۡنُ مِنَ الَّذِیۡنَ لَا یَہۡتَدُوۡنَ ﴿۴۱﴾
Dia (Sulaiman) berkata : “Ubahlah untuknya singgahsananya, kita akan melihat apakah dia(Balqis) mengenalinya atau tidak mengenalinya lagi.”

 فَلَمَّا جَآءَتْ قِیۡلَ اَہٰکَذَا عَرْشُکِ ؕ قَالَتْ کَاَنَّہٗ ہُوَ ۚ وَ اُوۡتِیۡنَا الْعِلْمَ مِنۡ قَبْلِہَا وَکُنَّا مُسْلِمِیۡنَ ﴿۴۲﴾
Maka ketika dia(Balqis) datang, ditanyakanlah (kepadanya) : “Serupa inikah singgahsanamu?” Dia (Balqis) menjawab : “Seakan-akan singgahsana di singgahsanaku, dan kami telah diberi pengetahuan sebelumnya2 dan kami adalah orang yang berserah diri (kepada Allah).”

 وَ صَدَّہَا مَا کَانَتۡ تَّعْبُدُ مِنۡ دُوۡنِ اللہِ ؕ اِنَّہَا کَانَتْ مِنۡ قَوْمٍ کٰفِرِیۡنَ ﴿۴۳﴾
Dan kebiasaannya menyembah selain Allah mencegahnya (untuk melahirkan ke-Islamannya), sesungguhnya dia (Balqis) dahulu termasuk orang kafir.

قِیۡلَ لَہَا ادْخُلِی الصَّرْحَ ۚ فَلَمَّا رَاَتْہُ حَسِبَتْہُ لُجَّۃً وَّکَشَفَتْ عَنۡ سَاقَیۡہَا ؕ قَالَ اِنَّہٗ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّنۡ قَوَارِیۡرَ ۬ قَالَتْ رَبِّ اِنِّیۡ ظَلَمْتُ نَفْسِیۡ وَ اَسْلَمْتُ مَعَ سُلَیۡمٰنَ لِلہِ رَبِّ الْعٰلَمِیۡنَ ﴿٪۴۴﴾
Dikatakan kepadanya (Balqis) : “Masuklah ke dalam istana. Maka ketika dia (Balqis) melihat (lantai istana) itu, disangkakannya kolam air yang besar dan disingkapkannya (hujung pakaiannya) kedua betisnya. Dia (Sulaiman) berkata: “Sesungguhnya ini hanyalah lantai yang dilapisi kaca.” Dia (Balqis) berkata : “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”

[Surah An-Naml : 20 – 44]
…………………………………………………………………

1. Al-Kitab di sini ialah kitab yang diturunkan sebelum Nabi Sulaiman yakni Taurat dan Zabur.
2.Balqis telah mengetahui kenabian Nabi Sulaiman sejak sebelum singgahsananya dipindahkan dari negeri Saba’ ke Palestin(Jerusalam).





     Allah Maha Kuasa mengisahkan apa yang terjadi antara Sulaiman dan hud-hud. Setiap burung mempunyai perintis ataupun burung yang terpilih yang telah diberikan tanggungjawab untuk  melakukan tugasan dan menghadirkan diri mereka kepada  Sulaiman sebagai tabiat mereka kepada Raja.

Ibn Abbas dan yang lain menyatakan bahawa misi hud-hud adalah untuk mencari air di kawasan padang pasir dan tandus. Sememangnya, hud-hud mempunyai kelebihan tersebut seperti yang telah Allah Maha Kuasa kurniakan kepadanya – untuk mencari dan mengenal pasti kedudukan air bawah tanah. Hud-hud Nabi Sulaiman selalunya mencari air bawah tanah dan kemudiannya mengetuai gerombolannya ke situ; mereka menggali tanah tersebut untuk mendapatkan air itu keluar dan menggunakannya untuk memenuhi keperluan mereka.

Suatu hari, Sulaiman memerlukan hud-hud, tetapi hud-hud tidak hadir dalam posisinya, kemudian Sulaiman berkata : {"Mengapa aku tidak melihat burung belatuk(Hud-hud)? Adakah dia termasuk mereka yang tidak hadir?} yakni : hud-hud tiada di  sini, atau aku tidak dapat melihat hud-hud. {"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya}. Sulaiman mengancam hud-hud bahawa baginda akan menyeksa hud-hud dengan sebarang denda; {…atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)"} yakni : alasan jelas yang dapat menyelamatkannya daripada seksaanku. Allah Maha Berkuasa berfirman : {Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu} yakni : burung belatuk itu pergi tidak lama, kemudian {datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.} Bahawa {"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.}, dia mendiskripsi status raja dan pemerintah Saba’ dia Yaman: mereka mempunyai kerajaan yang kuat dan besar bersama tentera yang kuat. Semasa waktu itu, raja mereka mati dan tidak meninggalkan seorang pun waris melainkan anak perempuannya yang mereka jadikan sebagai raja.

Ath-Tha’labi dan yang lainnya menyatakan bahawa selepas kematian bapanya, rakyatnya mengambil seorang raja yang memerintah kepada kerosakan dan huru-hara. Dia (Balqis) melamar lelaki itu untuk berkahwin dan lelaki itu mengahwininya. Pada malam pertama mereka, dia memberikan suaminya arak hingga mabuk dan kemudian memancungnya dan menggantungnya di depan pintunya. Maka, rakyat telah menjadikannya raja. Dia adalah Balqis Binti as-Sairah. Ayahnya bernama al-Hudhad, atau Shurail Ibn Dhi Jadan Ibn as-Sairah Ibn al-Harith Ibn Qais Ibn Saifi Ibn Saba’ Ibn Yahsjub Ibn Ya’rub Ibn Qahtan. Ayahnya merupakan salah seorang raja yang mulia. Dia menolak untuk mengahwini wanita Yaman. Dikatakan bahawa dia mengahwini seorang Jin bernama Raihanah Binti as-Sakan yang telah melahirkan anak bernama Balqamah, dan kemudiannya dikenali sebagai Balqis.

Ath-Tha’labi daripada Sa’id Ibn Bashir daripada Qatadah  daripadaa an-Nadr Ibn Anas daripada Bashir Ibn Nahik daripada Abu Hurairah bahawa Muhammad ﷺ bersabda:
“Salah seorang daripada ibu bapa Balqis merupakan daripada golongan Jin”
[Hadis ini lemah kerana salah satu daripada sanadnya mempunyai kelemahan]

Ath-Tha’labi berkata : Aku diberitahu daripada Abu Abdullah Ibn Qabhunah daripada Abu Bakr Ibn Jarjah daripada Abu Bakrah berkata : Dahulunya, Balqis pernah disebut Muhammad ﷺ bahawa :
“Rakyat yang diperintah oleh wanita tidak akan Berjaya.”
[Sanadnya, Isma’il Ibn Muslim telah dinyatakan oleh Ulama’ Hadis sebagai lemah : yakni, bukan periwayat hadis yang sah.]

Daripada ‘Auf daripada al-Hasan daripada  Abu Bakr bahawa  : Apabila Rasulullah ﷺ diberitahu bahawa orang Parsi  menjadikan anak perempuan Khusrau sebagai pemerintah mereka, baginda bersabda :

“Rakyat yang diperintah oleh seorang wanita tidak akan pernah berjaya.”
[Sahih Bukhari]
Dan, katanya : {…dia  dianugerahkan  segala sesuatu} yang mampu diperoleh oleh segala pemerintah di dunia, {…serta memiliki singgahsana yang besar.} yakni, kerusi yang Balqis duduk dihiasa dengan mutiara, permata, emas dan segala barangan yang indah. Kemudian, dia(Ath-Tha’labi) menyatakan ketidakpercayaan mereka kepada Allah Maha Kuasa dan mereka menyembah matahari dan syaitan menghasut mereka dengan menjadikan amalan  mereka tampak mulia di mata mereka, yang menyebabkan mereka jauh dari Jalan Allah.

{(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.} yakni : Dia tahu segala rahsia dan perkara nyata samada bahan atau bukan bahan.

{"Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".} yakni, Kerajaan Terbesar yang tiada antara makhluk-Nya punyai.

Seterusnya, Sulaiman menghantar hud-hud dengan surat mengajak mereka mengikut perintah Allah dan Rasul-Nya, untuk bertaubat dan menyerahkan kesetiaan mereka kepadanya. Dia menghantar mereka : {Janganlah engkau berlaku sombong terhadapku} yakni, jangan biarkan kemuliaanmu menghalangmu untuk mentaatiku, {tetapi datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri(Muslimin).} yakni, orang yang beriman kepada Allah dengan penuh kepatuhan. Hud-hud menjatuhkan surat itu dekat kepada Balqis dan menanti apa yang akan dilakukan Balqis. Walaubagaimanapun, Balqis mengumpulkan pembesarnya, puteraa-putera serta para menteri untuk mengadakan mesyuarat. {(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.} Kemudian, dia membaca tajuknya, {Sesungguhnya  (surat) itu daripada Sulaiman}, dan dia membaca yang seterusnya {yang  isinya  : “Dengan Nama  Allah Yang Maha  Pemurah Lagi Maha Penyayang. Janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri(Muslimin).”}

Kemudian Balqis meminta nasihat daripada pembesarnya itu dengan nada yang sangat lemah-lembut {Dia (Balqis)  berkata : “Wahai para pembesar! Berilah aku  pertimbangan dalam perkaraku(ini). Aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir dalam majlis(ku).} yakni, kalian berilah padaku cadanganmu. {Mereka menjawab : “Kita memiliki kekuatan dan keberanian luar biasa(untuk berperang)…}, yakni, kita mempunyai kekuatan dan keberanian untuk berperang dan mempunyai segala keperluan untuk berperang, maka jika Tuan Puteri mahukan cadangan ini, kami sedia memberikan taat setia. {… tetapi keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan engkau perintahkan} maka, mereka memberikan taat setia mereka setelah menunjukkan kebolehan dan kepakaran mereka sebelum mereka menyerahkan keputusan kepada Tuan Puteri Balqis semula. Sesungguhnya, pendapat Tuan Puteri Balqis lebih bijak dan lebih baik daripada mereka kerana dia tahu penulis surat itu tidak boleh dielak, ditipu ataupun diperbodoh.

{Dia(Balqis) berkata : “Sesungguhnya raja-raja apabila menakluk suatu negeri, mereka tentu membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia menjadi hina; dan demikian yang akan mereka buat.”} yakni, Balqis  menerangkan kepada pembesarnya itu bahawa sekiranya Raja menawan kerajaan miliknya ini, Balqislah orang yang akan menerima penyeksaan. {Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah  dan (aku) akan menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh para utusan itu.} Balqis mahu merasuah Sulaiman dengan hadiahnya itu mengetahui bahawa baginda tidak akan menerima apa-apa daripada mereka melainkan  Islam, sedangkan Balqis dan rakyatnya masih kafir sementara Sulaiman mempunyai tentera yang lebih kuat berbanding mereka.

Untuk ini, { Maka ketika para (utusan itu) sampai kepada Sulaiman, dia (Sulaiman) berkata : “Apakah patut kamu memberikan harta kepadaku? Kerana apa yang Allah berikan kepadaku lebih baik daripada apa yang Allah berikan kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu.} Kemudian Sulaiman berkata kepada utusan Balqis yang membawa hadiah itu, { Kembalilah kepada mereka! Sesungguhnya kami pasti akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya dan akan kami usir mereka dari negeri itu (Saba’) secara terhina dan mereka akan menjadi (tawanan) yang hina dina.”} yakni, pergilah kembali bersama hadiahmu ini kerana apa yang Allah berikan kepadaku jauh lebih baik daripada harta ini, kekayaan dan hadiah yang kamu banggakan. { Sesungguhnya kami pasti akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya } yakni, tentera yang tidak dapat dikalahkan atau ditempur, dan tambahan kami akan usir mereka dari tanah mereka, harta dan kekayaan { secara terhina dan mereka akan menjadi (tawanan) yang hina dina.”}

Setelah mereka mendengar berita itu, mereka segera mengisytiharkan ketaatan mereka untuk menemani puteri mereka dalam pemergian Balqis menemui Sulaiman . Apabila baginda mendengar hal itu, baginda  berkata kepada jin daripada tenteranya jika mereka mampu membawa istana Balqis sebelum dia sempat datang ke istana Sulaiman tersebut. {‘Ifrit daripada golongan Jin berkata : “Aku yang akan membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat untuk membawanya, lagi dipercayai.”} yakni, aku cukup kuat untuk membawa istana Balqis kepadamu, dan pada masa sama dia boleh dipercayai untuk mengangkut permata dan berlian dari istana tersebut. Tetapi {Seorang yang mempunyai ilmu daripada Kitab1­ berkata :} yakni, Asif bin Barkhiya sepupu Sulaiman, berkata ia merupakan salah seorang Jin beriman yang tahu Nama Mulia Allah. Juga disebut bahawa dia merupakan salah seorang ulama Bani Israel. Tambahan, dikatakan kepada Sulaiman sendiri, yang merupakan pendapat pelik dan di mana as-Suhaili mendiskripsikan sebagai keluar daripada konteks. Pendapat keempat menyatakan bahawa ia adalah Jibril .

{Aku akan membawa singgahsana  itu kepadamu sebelum matamu berkelip.”} yakni sebelum kamu menghantar utusan ke tempat paling jauh di dunia dan dia datang kembali kepadamu. Juga disebut : sebelum orang paling jauh yang kamu boleh nampak sampai kepadamu; atau sebelum mata kamu sakit melihat satu titik dan mata kamu tertutup; atau sebelum kamu mendapat semula penglihatanmu sekiranya kamu lihat ke tempat jauh yang matamu dapat lihat kemudian kamu tutup matamu(kebanyakkannya adalah tafsiran).

{Maka ketika dia (Sulaiman) melihat singgahsananya itu terletak di hadapannya} yakni, ketika dia nampak istana Balqis  di hadapannya, dalam masa singkat ini, daripada Yaman ke Jerusalam, dia pun berkata : {“Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari(nikmatNya).”} yakni, ini adalah kurniaan Allah dikurniakan kepadanya dan kurniaanNya kepada seluruh manusia untuk menguji samada orang itu bersyukur atau tidak. {Barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri} yakni, keuntungannya akan datang kepada orang itu semula. {Dan barangsiapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Mulia.} yakni, Dia tidak memerlukan terima kasih daripada insan yang bersyukur, mahupun terancam oleh orang yang tidak bersyukur.

Kemudian Sulaiman mengarahkan agar istana Balqis diubah untuk menguji mentaliti dan kefahaman Balqis, berkata {kita akan melihat apakah dia(Balqis) mengenalinya atau tidak mengenalinya lagi. Maka ketika dia(Balqis) datang, ditanyakanlah (kepadanya) : “Serupa inikah singgahsanamu?” Dia (Balqis) menjawab : “Seakan-akan singgahsana di singgahsanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya2 dan kami adalah orang yang berserah diri (kepada Allah).”}Hal ini kerana kefahamannya dia mengetepikan kebarangkalian bahawa ini adalah istananya sendiri kerana dia baru meninggalkan istananya jauh di Yaman, dan dia tidak tahu bahawa ada orang yang mampu melakukan kerja sebaik ini untuk mengalihkannya ke Jerusalam.

Allah Maha Kuasa Berfirman : {kami telah diberi pengetahuan sebelumnya2 dan kami adalah orang yang berserah diri (kepada Allah). Dan kebiasaannya menyembah selain Allah mencegahnya (untuk melahirkan ke-Islamannya), sesungguhnya dia (Balqis) dahulu termasuk orang kafir.} yakni, menyembah matahari yang dahulunya Balqis dan rakyatnya selalu lakukan kerana mengikut agama nenek moyang mereka. Sulaiman sebelum itu mengarahkan Sarh (permukaan kaca yang di bawahnya terdapat air yang terdapat pelbagai macam ikan dan hidupan laut) untuk dibina. Kemudian, Balqis dipinta untuk masuk Sarh tersebut manakala Sulaiman duduk di atas istana baginda. { Maka ketika dia (Balqis) melihat (lantai istana) itu, disangkakannya kolam air yang besar dan disingkapkannya (hujung pakaiannya) menampakkan kedua betisnya. Dia (Sulaiman) berkata: “Sesungguhnya ini hanyalah lantai yang dilapisi kaca.” Dia (Balqis) berkata : “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”}

Disebut bahawa : Sulaiman mahu mengahwini Balqis dan dia bertanya kepada manusia cara untuk menghilangkan bulu di kakinya, dan mereka mencadangkan cukur, tetapi  Balqis takut kepadanya. Kemudian, Baginda meminta Jin untuk membina kolam mandi untuk baginda. Maka, baginda merupakan orang pertama untuk memasuki kolam mandi tersebut.

At-Tha’labi dan yang lain menyebut : Bila Sulaiman berkahwin dengan Balqis, baginda pulang ke kerajaan Yaman dan dia selalu melawatnya di sana untuk 3 hari sebulan, kemudian pulang semula ke Jerusalam dengan karpet terbangnya. Tambahan, dia mengarah Jin untuk membinakan untuknya 3 istana di Yaman : Ghamdan, Salhin dan Bitun. Wa Allahu ‘Alam.

Ibn Ishaq daripada beberapa ulama’ daripada Wahb Ibn Munabih bahawa Sulaiman tidak mengahwininya, tetapi baginda berkahwin dengan Puteri Ramadan dan membiarkan dia mentadbir Yaman semula, dan baginda mengisytiharkan dia sebagai Raja Jin di Yaman untuk membinakannya 3 istana yang disebut sebelum ini. Hal ini tidak diizinkan seperti yang sebelum ini, Wallahu alam!